Friday, December 3, 2010

IJN

Dah hampir seminggu aq di IJN(bukan aq yuang sakit tp ayahku)..sepatutnyer 3 hari je ayah kat sini tapi disebabkan masalah kekurangan darah (asplastic anemia), dia ditahan sehingga ke hari ni semata-mata nak tunggu report echo keluar...baru sebentar tadi aq discuss ngan staff nurse kat wad cempaka keadaan ayah..nampaknyer kalau takder ape-ape hal maybe esok boleh keluar wad...tapi sebelum tu, esok ayah akan didatangi oleh pakar buah pinggang untuk sah kan samada lepas 'operation' bypass, ayah perlu jalani dialisis untuk buah pinggang dia atau tak...sebab keadaan jantung yang lemah menyebabkan paru-parunyer berair dan disebabkan fungsi buah pinggangnyer tidak begitu baik, menyebabkan badannyer kembung ngan air...

WAD KANAK-KANAK
semalam atas jemputan seorang rakan (yang baru aq kenali ketika mendobi pakaian), aq dan mak menjenguk si kecil Mohd Rizki (anak rakan yg br ku kenali tu) di wad kanak-kanak tingkat 5...aper yang buatkan aq dan mak nak sangat pergi melawat Rizki sebab usianya yang baru 2 bulan dah ader masalah jantung...

Melihat Mohd Rizki di katilnyer, sayu rasa di hati..bagaiman tabahnyer seorang ibu menjaga anak yang sejak lahir menghadapi masalah jantung..Rizki tersenyum dan ketawa tatkala aq dan mak datang melawatnyer..syukur kata ibunyer, Rizki tak banyak meragam...Rizki anak ke-3 jaraknyer agak jauh dari abang dan kakak sulungnyer...sewaktu lahirnyer dia ke dunia ini, tiada masalah yang dilihat oleh kedua ibu bapanya..baru 3 hari di rumah, menurut ibunyer ketika Rizki sedang menyusu, kepalanyer basah dek peluh yang banyak..dan bibirnyer kebiruan..takut terjadi apa-apa, Rizki dibawa ke klinik berhampiran..kata doktor tiada apa-apa dan Rizki di bawa pulang..malamnyer Rizki meragam membuatkan kedua ibu bapanyer membawa Rizki ke wad kecemasan hospital muar...dan Rizki disah kan ada masalah saluran darah sempit menyebabkan dia sukar bernafas..atas keprihatinan kedua ibu bapanyer doktor mengucapkan syukur umur Rizki panjang kerana ader tanda yang dia menghadapi masalah itu,  dia dihantar ke IJN dah menjalani pembedahan di bahagian dada bagi melancarkan pernafasannya..

Sewaktu aq dan mak melawat Rizki, dia sudah pun menjalani pembedahan..sayu hatu ku melihat kesan jahitan di dada nyer yang masih belum di buka...banyak kesan tebukan di badannyer..manalah tak sayu baru 2 bulan menjengah dunia, dah terpaksa lalui itu semua..dia masih kecil, tak tahu apa-apa..tak tahu nak bercakap pun yang dia tahu, terima je apa-apa pun, menangis, merengek..itu je yang dia tahu..

Sebenarnya Rizki adalah salah seorang pesakit yang masih kecil yang menghuni di IJN ni....bukan dia seorang je masih ramai lagi kanak-kanak dan bayi yang menghuni wad kanak-kanak di IJN ni...kerana tak sanggup melihat mereka (terutama baby yg ada masalah jantung) sepanjang jalan keluar dari wad kana-kanak tu aq tak pandang langsung kiri kanan...dan sewaktu aq melintasi pintu keluar wad, aq terserempak dengan baby yang dipasang tiub sanan sini dibadannyer...aduuuuhhhh kesiannyer...nak menitik air mata tengok baby tu..

Hari ni Riki dah dibenarkan pulang ke Muar kerana keadaanyer dah pun stabil..tak sempat pula aq bertanyakan no fon ibunyer..manalah tau satu hari nanti terjumpa lagi di IJN ni..aq doakan semoga Mohd Rizki cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain...AMIN...

i