minnasan....
lama takder entri kat sini..actually entri kali ni aq nak cerita kisah my ayah...
selama berbulan-bulan aq tak dapat luangkan masa untuk menulis di sini kerana keadaan dan masa yang tak mengizinkan...
Beberapa bulan yang lalu, my ayah jatuh sakit. Sakit yang aq sendiri ketika itu tak berapa nak tahu apa penyakitnya. Menurut doktor, mulanya hanya masalah jantung, diabetic dan highblood pressure. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja penyakit ayah. Dari satu hospital ke hospital lain, dari hospital swasta ke hospital kerajaan, penyakitnya tetap sama. Ketika itu ayah masih bekerja. Dengan keadaan kakinya semakin membengkak, fizikalnya lemah dan pucat. Ketika itu tiada siapa diantara kami (adik-beradik mahupun mak) mengetahui apa masalah ayah. Ayah tanggung semuanya sendiri. Bila ditanya "kenapa kaki ayah bengkak?", jawabnya, "doktor kata memang macam tu, kesan dari ubat yang ayah ambil sehari-hari", (itu lah puncanya)..Aq kurang berpuas hati dengan jawapan yang ayah berikan, tapi nak buat macam mana ketika itu ayah tak benarkan sesiapa pun ikut ayah ketika ayah ader appointment dengan doktornya..masa tu ayah buat treatment under hospital panel syarikat (hospital swasta), semuanya kerana insurans.
Itu cerita tahun lepas, tahun ni keadaan ayah semakin parah. Dari hospital swasta, kitorang cuba bawa ayah ke hospital kerajaan..bukan sebab kewangan, ayah masih ada insurans untuk buat treatment di hospital swasta, tapi bila ayah dah berhenti kerja, walaupun masih ada insurans, aq tak yakin dengan hospital swasta ni sebab mereka hanya mahu DUIT..aq ingat lagi satu hari tu aq berkeras nak juga ikut ayah jumpa doktor yang selalu sangat ayah jumpa. Waktu tu ayah batuk kuat, dan doktor tu boleh kata " i bagi you ubat yang kuat punya yang boleh hilangkan you punya batuk". Masa tu aq blur lagi, memang ubat lah punca segalanya, punca yang menyebabkan ayah aq makin parah..ketika ayah dihantar ke hospital kerajaan, masa tu sebab ayah tak boleh bernafas..(di bahagian kecemasan) doktor di sana bagi tahu yang paru-paru ayah ada air itu yang menyebabkan ayah lemas dan sukar bernafas. aq bagi tahu doktor tu balik, "sebelum ni bila ayah sakit macam ni kami hantar ke hospital (yang ayah rujuk sebelum ni, hospital swasta), doktor masukkan air 2 3 beg skali, dan lepas tu doktor masukkan darah 2 beg, macam mana kat sini doktor kata ayah 'overload' dengan air pula?..rupanya air yang ada dalam badan ayah selama ni yang buat ayah lemas dan susah bernafas...bemula di situ lah ayah ditahan dalam wad berminggu-minggu..dan masa tu juga aq dan mak minta ayah 'resign medical board' je dengan syarikat yang sudah 20 tahun ayah kerja..dan akhirnya ayah berhenti kerja dengan medical board, 9 penyakit tersenarai dan yang kukuhnye penyakit
'spastic anemia' yang aq sendiri tak tahu apakah penyakit itu..apa yang aq tahu jika nama penyakit tu ada
'mia' kat belakang, ada kaitan dengan masalah darah atau hemoglobin dalam badan kita..dan sangkaan aq memang betul..bila aq tanya pada doktor, memang penyakit tu menyebabkan tulang sum-sum tak mampu hasilkan sel darah merah dan menyebabkan kurang darah merah dalam badan..Ya ALLAH waktu tu tuhan je yang tahu...menurut doktor yang ayah rujuk ketika itu, selain dari 9 penyakit tersenarai dalam medical board ayah, ayah juga mengalami masalah lemah jantung, paru-paru berair dan buah pinggang..tapi ketika itu, doktor kata kidney ayah masih boleh berfungsi lagi...
Setelah beberapa minggu di wad, ayah discaj. Ayah nampak sihat, kaki bengkak nye pun dah surut, dan ayah nampak memang sihat..boleh berjalan, ketawa, memasak tengok tv...Bila ayah berhenti kerja, kami berpindah dari Kuala Lumpur ke Ipoh..disebabkan sebelum ni mak punya treatment di hospital tentera wangsa maju, bila pindah ke Perak, mak nak rujuk ke hospital tentera juga..jadi untuk permudahkan kerja, appointment mak dan ayah di rujuk di hospital yang sama...
31.12.201, hari pertama ayah daftar dan admitted di wad hospital tentera..keadaan ayah ketika itu sangat teruk..sukar bernafas dan bergerak..di situ lah bemulanya kisah aq dan ayah...
dan bersambung....
p/s: ayah minta nak makan mi wantan sup...