Sunday, April 10, 2011

akhirnya....

   Akhirnya aq dan ayah pulang ke rumah semula..rindu kat tilam bantal tapi masalahnya aq ni tak tidur atas tilam, just lapik tidur dengan 'toto'..lebih selesa dan kurang senang untuk tidur atas katil..aq pun tak tahu kenapa boleh jadi perubahan yang mendadak macam ni...semuanya berlaku sejak aq jaga ayah di hospital selama berbulan-bulan..Makan pun dah makin kurang (alhamdulillah berat pun kurang juga)..
  Kisah aq dan ayah di hospital hari tu banyak pengajaran buat diri aq..dari situ aq mula berubah, pendiam memang sifat ku, mesra barangkali bagi yang mahu berbicara denganku, pemalu of coz sentiasa ader dalam diri aq..banyak cakap bila aq bertemu oranng yang sekepala dengan aq..kadang-kadang aq agak 'gila-gila' bila aq rasa nak enjoy dan tension..cheilo diary aq memang sentiasa di sisi...itu adalah rahsia kehidupan ku..

Friday, April 1, 2011

berbulan-bulan...

minnasan....
lama takder entri kat sini..actually entri kali ni aq nak cerita kisah my ayah...
selama berbulan-bulan aq tak dapat luangkan masa untuk menulis di sini kerana keadaan dan masa yang tak mengizinkan...
     Beberapa bulan yang lalu, my ayah jatuh sakit. Sakit yang aq sendiri ketika itu tak berapa nak tahu apa penyakitnya. Menurut doktor, mulanya hanya masalah jantung, diabetic dan highblood pressure. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja penyakit ayah. Dari satu hospital ke hospital lain, dari hospital swasta ke hospital kerajaan, penyakitnya tetap sama. Ketika itu ayah masih bekerja. Dengan keadaan kakinya semakin membengkak, fizikalnya lemah dan pucat. Ketika itu tiada siapa diantara kami (adik-beradik mahupun mak) mengetahui apa masalah ayah. Ayah tanggung semuanya sendiri. Bila ditanya "kenapa kaki ayah bengkak?", jawabnya, "doktor kata memang macam tu, kesan dari ubat yang ayah ambil sehari-hari", (itu lah puncanya)..Aq kurang berpuas hati dengan jawapan yang ayah berikan, tapi nak buat macam mana ketika itu ayah tak benarkan sesiapa pun ikut ayah ketika ayah ader appointment dengan doktornya..masa tu ayah buat treatment under hospital panel syarikat (hospital swasta), semuanya kerana insurans.
    Itu cerita tahun lepas, tahun ni keadaan ayah semakin parah. Dari hospital swasta, kitorang cuba bawa ayah ke hospital kerajaan..bukan sebab kewangan, ayah masih ada insurans untuk buat treatment di hospital swasta, tapi bila ayah dah berhenti kerja, walaupun masih ada insurans, aq tak yakin dengan hospital swasta ni sebab mereka hanya mahu DUIT..aq ingat lagi satu hari tu aq berkeras nak juga ikut ayah jumpa doktor yang selalu sangat ayah jumpa. Waktu tu ayah batuk kuat, dan doktor tu boleh kata " i bagi you ubat yang kuat punya yang boleh hilangkan you punya batuk". Masa tu aq blur lagi, memang ubat lah punca segalanya, punca yang menyebabkan ayah aq makin parah..ketika ayah dihantar ke hospital kerajaan, masa tu sebab ayah tak boleh bernafas..(di bahagian kecemasan) doktor di sana bagi tahu yang paru-paru ayah ada air itu yang menyebabkan ayah lemas dan sukar bernafas. aq bagi tahu doktor tu balik, "sebelum ni bila ayah sakit macam ni kami hantar ke hospital (yang ayah rujuk sebelum ni, hospital swasta), doktor masukkan air 2 3 beg skali, dan lepas tu doktor masukkan darah 2 beg, macam mana kat sini doktor kata ayah 'overload' dengan air pula?..rupanya air yang ada dalam badan ayah selama ni yang buat ayah lemas dan susah bernafas...bemula di situ lah ayah ditahan dalam wad berminggu-minggu..dan masa tu juga aq dan mak minta ayah 'resign medical board' je dengan syarikat yang sudah 20 tahun ayah kerja..dan akhirnya ayah berhenti kerja dengan medical board, 9 penyakit tersenarai dan yang kukuhnye penyakit 'spastic anemia'  yang aq sendiri tak tahu apakah penyakit itu..apa yang aq tahu jika nama penyakit tu ada 'mia' kat belakang, ada kaitan dengan masalah darah atau hemoglobin dalam badan kita..dan sangkaan aq memang betul..bila aq tanya pada doktor, memang penyakit tu menyebabkan tulang sum-sum tak mampu hasilkan sel darah merah dan menyebabkan kurang darah merah dalam badan..Ya ALLAH waktu tu tuhan je yang tahu...menurut doktor yang ayah rujuk ketika itu, selain dari 9 penyakit tersenarai dalam medical board ayah, ayah juga mengalami masalah lemah jantung, paru-paru berair dan buah pinggang..tapi ketika itu, doktor kata kidney ayah masih boleh berfungsi lagi...
     Setelah beberapa minggu di wad, ayah discaj. Ayah nampak sihat, kaki bengkak nye pun dah surut, dan ayah nampak memang sihat..boleh berjalan, ketawa, memasak tengok tv...Bila ayah berhenti kerja, kami berpindah dari Kuala Lumpur ke Ipoh..disebabkan sebelum ni mak punya treatment di hospital tentera wangsa maju, bila pindah ke Perak, mak nak rujuk ke hospital tentera juga..jadi untuk permudahkan kerja, appointment mak dan ayah di rujuk di hospital yang sama...
     31.12.201, hari pertama ayah daftar dan admitted di wad hospital tentera..keadaan ayah ketika itu sangat teruk..sukar bernafas dan bergerak..di situ lah bemulanya kisah aq dan ayah...




dan bersambung....
p/s: ayah minta nak makan mi wantan sup...

Friday, December 3, 2010

IJN

Dah hampir seminggu aq di IJN(bukan aq yuang sakit tp ayahku)..sepatutnyer 3 hari je ayah kat sini tapi disebabkan masalah kekurangan darah (asplastic anemia), dia ditahan sehingga ke hari ni semata-mata nak tunggu report echo keluar...baru sebentar tadi aq discuss ngan staff nurse kat wad cempaka keadaan ayah..nampaknyer kalau takder ape-ape hal maybe esok boleh keluar wad...tapi sebelum tu, esok ayah akan didatangi oleh pakar buah pinggang untuk sah kan samada lepas 'operation' bypass, ayah perlu jalani dialisis untuk buah pinggang dia atau tak...sebab keadaan jantung yang lemah menyebabkan paru-parunyer berair dan disebabkan fungsi buah pinggangnyer tidak begitu baik, menyebabkan badannyer kembung ngan air...

WAD KANAK-KANAK
semalam atas jemputan seorang rakan (yang baru aq kenali ketika mendobi pakaian), aq dan mak menjenguk si kecil Mohd Rizki (anak rakan yg br ku kenali tu) di wad kanak-kanak tingkat 5...aper yang buatkan aq dan mak nak sangat pergi melawat Rizki sebab usianya yang baru 2 bulan dah ader masalah jantung...

Melihat Mohd Rizki di katilnyer, sayu rasa di hati..bagaiman tabahnyer seorang ibu menjaga anak yang sejak lahir menghadapi masalah jantung..Rizki tersenyum dan ketawa tatkala aq dan mak datang melawatnyer..syukur kata ibunyer, Rizki tak banyak meragam...Rizki anak ke-3 jaraknyer agak jauh dari abang dan kakak sulungnyer...sewaktu lahirnyer dia ke dunia ini, tiada masalah yang dilihat oleh kedua ibu bapanya..baru 3 hari di rumah, menurut ibunyer ketika Rizki sedang menyusu, kepalanyer basah dek peluh yang banyak..dan bibirnyer kebiruan..takut terjadi apa-apa, Rizki dibawa ke klinik berhampiran..kata doktor tiada apa-apa dan Rizki di bawa pulang..malamnyer Rizki meragam membuatkan kedua ibu bapanyer membawa Rizki ke wad kecemasan hospital muar...dan Rizki disah kan ada masalah saluran darah sempit menyebabkan dia sukar bernafas..atas keprihatinan kedua ibu bapanyer doktor mengucapkan syukur umur Rizki panjang kerana ader tanda yang dia menghadapi masalah itu,  dia dihantar ke IJN dah menjalani pembedahan di bahagian dada bagi melancarkan pernafasannya..

Sewaktu aq dan mak melawat Rizki, dia sudah pun menjalani pembedahan..sayu hatu ku melihat kesan jahitan di dada nyer yang masih belum di buka...banyak kesan tebukan di badannyer..manalah tak sayu baru 2 bulan menjengah dunia, dah terpaksa lalui itu semua..dia masih kecil, tak tahu apa-apa..tak tahu nak bercakap pun yang dia tahu, terima je apa-apa pun, menangis, merengek..itu je yang dia tahu..

Sebenarnya Rizki adalah salah seorang pesakit yang masih kecil yang menghuni di IJN ni....bukan dia seorang je masih ramai lagi kanak-kanak dan bayi yang menghuni wad kanak-kanak di IJN ni...kerana tak sanggup melihat mereka (terutama baby yg ada masalah jantung) sepanjang jalan keluar dari wad kana-kanak tu aq tak pandang langsung kiri kanan...dan sewaktu aq melintasi pintu keluar wad, aq terserempak dengan baby yang dipasang tiub sanan sini dibadannyer...aduuuuhhhh kesiannyer...nak menitik air mata tengok baby tu..

Hari ni Riki dah dibenarkan pulang ke Muar kerana keadaanyer dah pun stabil..tak sempat pula aq bertanyakan no fon ibunyer..manalah tau satu hari nanti terjumpa lagi di IJN ni..aq doakan semoga Mohd Rizki cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain...AMIN...

i

Wednesday, November 24, 2010

aduooooiiiii yaiiiii...

aduooooiiiii yaiiiii...
apasal asyik naik angin je...dah la xtau nak sabar..tak nak sabar langsung tau nak marah je kijenyer...sabar aq pun ader tahapnyer jugak....dah aq sakit pinggang dari semalam xhilang lagi ni...angin jer...saper pun xder nak paham...balik, balik nak salahkan aq jer...ingat aq ni xder hati ker??? bengang tul la...

Sunday, November 21, 2010

bosan melanda diri..

Kenapa makin lama aq rasa makin bosan bila melayan 'muka buku'...mungkin sebab terlalu excited setiap kali buka 'muka buku' tu sebab setiap kali aq online ader je message dr member2 n member baru..atau mungkin sebab aq sendiri yg dah tak berapa suka ngan 'muka buku' tu lately..
sekarang aq lebih banyak surf blog2 kegemaran aq like bluehikari..tinihani..jimiwiser..zila kasim..
melayari liku2 kehidupan bluehikari memang sesuatu pengalaman yang menyeronokkan dan memeberi banyak pengajaran...aq mula erminat ngan blog rudy bluehikari since 2004..waktu tu aq sedang practical di usm..dan waktu tu juga blog tersebut boleh dilayari without sempadan yg mn aq boleh baca blog tu dari awal penglibatan/penulisan en.rudy bluehikari...

jimiwiser..perjalanan hidup seorang guru yg kadang2 buat aq geli hati dan terkenang waktu aq jadi guru satu ketika dulu..penulisan cikgu jimi memang tak menjemukan...

Friday, November 19, 2010

update...

hari ni cari idea yg hilang...
i want to do something with kain batik coz i like batik...
what i'm gonna do??? just wait n see...